Dakota mengatakan dia mempunyai kecenderungan untuk menjadi homebody atau seseorang yang suka melepak di rumah. Walaupun ada kalanya dia terfikir untuk berparti sakan pada hujung minggu, namun dia berpendapat ‘menikmati teh dan menonton televisyen di rumah’ lebih menarik kerana jadual kerjanya amat melelahkan.
“Diri saya terasa seperti berusia 48 dan 26 tahun. Saya mempunyai pelbagai kehidupan dalam kehidupan ini. Banyak yang saya lalui pada usia sangat muda, jadi saya berasa seperti diri sudah tua,” tambahnya.
Pada Disember 2020, timbul khabar angin yang mengatakan bahawa pasangan ini telah pun bertunang secara rahsia namun mereka enggan mengulas lanjut.