Oktober lalu, Martin memberi penghormatan kepada teman wanitanya di pentas O2 Sheherd’s Bush Empire di London dengan mendedikasikan lagu My Universe buat Dakota.
“Lagu ini mengenai ‘alam semesta’ saya, dan dia berada di sini,” katanya kala ahli kumpulan mula bermain alat muzik. My Universe merupakan lagu kolaborasi Coldplay bersama kumpulan K-Pop nombor satu dunia, BTS.
Dakota juga menjalin perhubungan yang baik dengan bekas isteri Martin, Gwyneth Paltrow. Menurut portal People, bintang Iron Man itu amat mengagumi Dakota dan mereka sering meluangkan masa bersama.
Foto: Eonline