Baru-baru ini Dakota Johnson dilihat memakai cincin hijau zamrud bersaiz besar di jari manisnya, memberikan bayangan dia kini sudah bertunang dengan teman lelakinya, Chris Martin.
Tiada sebarang pengesahan dibuat menerusi kedua-dua wakil selebriti tersebut, namun selepas hampir tiga tahun bercinta, sememangnya inilah yang diharapkan oleh peminat mereka, iaitu untuk melihat pasangan ini melangkah ke fasa seterusnya.
Malah bekas isteri Chris, pelakon Gwyneth Paltrow turut merestui hubungan mereka dan menyenangi sikap pelakon filem Fifty Shades of Grey itu.
Chris dan Dakota dilihat pertama kali keluar bersama ketika menjamu selera di sebuah restoran sushi di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2017.
Seterusnya, Dakota terbang ke Buenos Aires, Argentina untuk memberi sokongan terhadap Chris dengan menghadiri konsert jelajah Coldplay yang diadakan secara besar-besaran di seluruh dunia.
Chris sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Gwyneth pada Disember 2003 namun berpisah selepas 10 tahun hidup bersama. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Apple, 16, dan Moses, 14 tahun.
Foto: Harpersbazaar.com/Sumber: Mstar.com.my
Baca: Anak Didiagnos Disleksia, Gwen Stefani Baru Sedar Dirinya Menghidap Penyakit Sama