Hubungan mereka bukan lagi rahsia di kalangan kakitangan agensi YG Entertainment. Menurut Dispatch, butiran yang diperolehi mengenai percintaan mereka datangnya daripada agensi itu. Dan khabarnya pengurus Jennie sendiri yang sering menghantarnya ke kediaman G-Dragon.
Namun apabila dihubungi oleh pihak media untuk mendapatkan pengesahan, YG Entertainment sekadar mengunci mulut. “Kami tidak boleh mengesahkan apa-apa berita mengenai kehidupan peribadi artis kami. Harap anda faham.”
Ibu Jennie dilaporkan turut mengetahui tentang perhubungan ini dan berharap penyanyi itu akan menjaga anak perempuannya dengan baik.
Pasangan ini mempunyai sejarah kerjaya yang panjang sebagai rakan dalam agensi pengurusan yang sama. Sebelum membuat kemunculan sebagai ahli Blackpink pada 2016, Jennie pernah muncul dalam video muzik G-Dragon berjudul That XX dan lagu Black dalam album Coup d’etat pada 2013.
Foto: Thesun.co.uk