Lebih 11 tahun bergerak sebagai seorang pelakon di lapangan perfileman juga televisyen tempatan nama Syafiq Kyle hari ini sudah semakin stabil. Langkah yang disusun semakin meyakinkan dengan barisan karya-karya pengarah berbeza dengan cerita juga watak berbeza yang membawa Syafiq ke tahap yang semakin baik dan membanggakan. Hafizan Mohd duduk menemubual Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak.
Tahun lalu dia membuka mata kita semua dengan lakonan berkesannya menerusi watak Iman Shah dalam bersiri lapan episod “One Cent Thief” yang membawa kisah kelicikan seorang pekerja bank dalam memanipulasi sistem perbankan demi kelangsungan hidup. Berada di bawah arahan Ariff Zulkarnain, dia digandingkan bersama nama besar lainnya seperti Faizal Hussein, Amerul Affendi dan Azira Shafinaz.
Hari ini Syafiq Kyle pada usia 31 tahun semakin jelas dan matang dalam menyusun kembara seninya dalam beberapa rangka kerja kreatif yang diusahakan menerusi syarikat produksinya Indigo Film. Selain fokus dengan penghasilan iklan komersil, Syafiq membawa visi besar dalam mengembangkan syarikatnya ini sebagai sebuah produksi filem juga siri originals. EH! Berbual santai menyelamai Syafiq states of mind.
Sudah sebelas tahun bergelar pelakon di Malaysia, how do you see yourself now?
Saya rasa semakin jelas dan faham tentang selok belok kerja sebagai seorang pelakon dan in general dalam bidang ini. Dah tahu macam mana nak plan perjalanan lepas ini nak buat apa, nak fikir apa seterusnya supaya kesilapan yang saya buat sebelum ini saya tak buat lagi pada masa depan.
Kalau kita kilas balik waktu, apa sebab sebenarnya Syafiq mahu bergelar pelakon?
Sebenarnya tak ada plan nak jadi pelakon. Saya membesar di bandar and masa tu kita muda jadi aim hanya nak cari duit. Apa peluang kerja yang boleh saya dapatkan duit saya akan buat dan saya tak tahu pun yang saya boleh berlakon awalnya. Opportunity yang ada saya guna sebaiknya dan slowly ia jadi satu proses yang saya enjoy dan suka buat.
Perubahan bagaimana yang paling jelas menurut Sayfiq berlaku dalam masa sebelas tahun ini?
Paling obvious saya nampak adalah how technology change things. Masa saya mula dulu banya benda yang ada hari ini baru nak start dan saya boleh dikatakan membesar dengan teknologi, saya melihat sendiri pembaharuan dan perubahan. Kena cepat untuk adapt dan aware dengan trend supaya kita tak ketinggalan. Kalau perubahan secara peribadi pula saya rasa cara saya berkomunikasi getting better now berbanding awal dulu. Saya belajar banyak benda – cara nak approach orang, cara nak bawa diri dalam majlis supaya orang kata tak nampak awkward.
Dalam life sendiri Syafiq seorang yang risk taker atau yang berhati-hati merancang?
Ermm, boleh dikatakan risk taker juga. Saya suka tengok peluang dan ambil peluang yang datang. Ada masa memang dulu saya langgar je tapi bila dah semakin dewasa saya rasa kita kena jadi lebih smart. Kalau tanya sekarang to be honest saya memang sentiasa dah fikir plan b untuk back-up.
Apa yang sedang diusahakan sekarang?
Saya baru buka production house bersama seorang lagi kawan saya. Namanya Indigo Film. Fokus banyak pada penerbitan iklan komersil tetapi visi besar untuk terbitkan filem selain daripada pengisian digital. Saya baru saja habis penggambaran our first originals production untuk TONTON yang diberi nama “Doh” untuk tayangan Hari Malaysia nanti.
Menerusi Indigo Film ini adakah kita akan melihat Syafiq di kerusi pengarah satu hari nanti?
Tak kot (Sambil tertawa) bukan apa saya rasa saya lebih enjoyproses idea itu sendiri. Kita duduk berbincang, brainstorm dan kembangkan idea. Saya rasa lebih seronok bergelar produser berbanding pengarah. Apa yang kami nak lakukan di Indigo Film adalah untuk membuka lebih banyak peluang pada pengarah-pengarah baru untuk berkongsi bakat mereka. Biarlah Indigo Film ini menjadi apa kata orang satu platform untuk orang-orang baru dalam bidang pengarahan mencurahkan kebolehan mereka.
Yang membuatkan Syafiq Kyle itu konsisten sebagai pelakon adalah bayarannya atau minat?
Kalau tanya sekarang memang sebab minat. Berlakon di Malaysia memang orang nampak macam hebat, nampak banyak duit tapi sebenarnya tak juga. Lebih pada exposure sebenarnya. Sebab tu saya enjoy bekerja dengan brand contohnya bila dapat buat kempen saya kenal dengan banyak orang yang berbeza daripada orang dalam produksi filem atau drama. So bila lagi ramai saya jumpa benda tu akan buka peluang lain pula. It’s about connection saya rasa untuk meluaskan skop kerja and be consistent supaya tak hanya bergantung pada belakon sahaja.
Kalau saya kata untuk kekal relevan hari ini sekadar bergantung penuh pada fan base tanpa bakat dan skil Syafiq setuju?
Ada pro and cons. Tidak boleh menidakkan kedua-duanya. Bagi saya yang penting adalah kena pandai gunakan peluangsebab yang menggerakkan talent itu adalah skil dan juga peminat. Tapi ia berbalik pada watak juga, kalau watak tak cukup kuat untuk keluarkan karakter ia tak mampu bagi impak pada penonton macam mana nak ada fans kan? Jadi semua kena seimbang saya rasa.
Apa yang membahagiakan Syafiq hari ini sebagai pelakon?
Saya rasa karier saya semakin stabil dan jalan tu dah nampak nak ke mana arahnya. Saya bukanlah pelakon yang hari-hari keluar shooting atau ada job. Tapi saya percaya apa yang menggerakkan saya untuk terus berada dalam bidang ini adalah idea, mentality dan siapa yang di sekeliling saya. Di tahap ini saya fikir itu yang membuat saya boleh sustain sampai hari ini sebagai pelakon.
What’s on your bucket list?
Mostly watak. Masih banyak watak idaman lah kalau orang kata tu yang masih belum lagi dapat. Selain itu saya nak explore lebih lagi pasaran perfileman Asia. Saya ada keinginan untuk bekerja dengan produksi dari Thailand khususnya sebab saya lihat Thailand antara negara yang sangat kreatif dalam penceritaan dan itu antara wish list saya setakat ini. Mana tahu kalau mungkin bukan berlakon saya boleh berkolaborasi menerusi syarikat Indigo Film untuk hasilkan sesuatu.
Syafiq kata bukan seorang yang romantis, what is your love language?
Banyak spend time – lebih kepada sharing dan berborak. Berbual tentang apa saja tak kira situasi atau topik jadi saya rasa mungkin boleh dikatakan cara saya tunjukkan kasih sayang pada seseorang tu giving my best to communicate and spend time dengan dia.
‘Dia’ itu melengkap atau mengubah Syafiq?
Boleh jadi dua-dua tapi mostly saya rasa mengubah saya menjadi lebih baik.
Syafiq Kyle saya kira di usianya kini sudah semakin pasti dengan apa yang dia mahu lakukan sebagai seorang anak seni. Sebegitu sifatnya yang tidak berkongsi tentang apa yang tidak pasti di media sosial begitu jugalah saya kira karakternya pabila berdepan. Apa yang pasti diceritakan yang tidak didiamkan dahulu. Mungkin juga pada saat ini kisah peribadinya semakin mahu dirisik banyak pihak namun Syafiq sepertimana sifatnya dia hanya kekal mendiam diri. Saat penggambaran cover ini dibuat terlalu banyak cerita manis yang dikongsikan Syafiq bersama penulis namun mungkin buat masa ini tidak dapat kami kongsikan di sini. Berbekal doa yang baik-baik, semoga jika ada luka terpalit segera dipulihkan dan atas segala perancangan yang sudah dibuat semoga sentiasa dipermudahkan.