Namun jelas pelakon ini, dia tidak pernah meluahkan kekecewaan tersebut kerana tidak ingin mengajukan pertanyaan dan berada di tempat di mana kehadirannya tidak diingini.
Walau tidak menghadiri tayangan perdana itu, nampaknya tiada sengketa antara Kaluuya dan penulis serta pengarah Get Out, Jordan Peele. Malah dia ditawarkan untuk membintangi filem Peele yang seterusnya di samping Keke Palmer.
Kaluuya dan Peele juga dirakam menghadiri tayangan perdana dan acara karpet merah bersama sepanjang musim tayangan dan anugerah, termasuk Academy Awards di mana Peele memenangi Best Original Screenplay untuk filem tersebut.
Foto: Thomas Whiteside/GQ
Baca: Mengapa 5 Pelakon Hollywood Ini Tidak Lagi Ditawar Watak Utama?