Oleh: Farhana Fuad
A photo posted by Daphne Iking-Azmi ♋️ (@daphneiking) on
Secara senyap, pelakon dan personaliti televisyen, Daphne Iking selamat melahirkan anak ketiga yang majoritinya langsung tidak mengetahui yang dirinya sedang sarat hamil sebelum ini. Daphne berkata pada BH Online yang dirinya mempunyai sebab tidak berkongsi berita gembira kehamilannya, namun sebaliknya mengumumkannya setelah selamat melahirkan bayinya ketiga seberat 3.49 kilogram pada pertengahan Mac lalu. Anak ketiga Daphne diberi nama Isidore Daniel Iking Azmi. Daphne turut menyatakan yang dirinya berdepan dengan pelbagai dugaan kala hamil. Terutama sekali ketika mengacara majlis dek kerana kebanyakan penganjur mahukan pengacara yang seksi dan bukannya wanita hamil.
“Ketika mengandungkan anak sulung, Isobel, ia bukanlah isu besar memandangkan saat itu saya tidak terlalu aktif bekerja. Cuma, pernah sekali bekas majikan meminta penerbit program yang saya kendalikan memastikan diri saya tidak dilihat seperti sedang hamil. Jadi, apabila hamil anak kedua, saya tidak banyak mengumumkannya secara terbuka. Cukup dengan memuat naik gambar di Facebook dan Twitter. Itu pun, apabila penganjur mendapat tahu saya hamil, mereka tidak menawarkan saya mengendalikan majlis. Mula-mula saya ingatkan mereka risau dengan kesihatan diri, tetapi rupa-rupanya mereka mahukan pengacara majlis yang seksi dan boleh memakai gaun ketat. Bagi saya, wanita hamil adalah seksi. Tetapi tidak semua orang berfikiran begitu,” katanya kepada BH Online.
One of the challenges on keeping it hush-hush was when I decided to keep it away from even my closest and dearest, so they didn’t have to “lie” for me. Eventually, I told them and well. As from the picture … you can see they shared my excitement. ? 4/7 #celepets #friendship #confinement #pregnancyannouncement A photo posted by Daphne Iking-Azmi ♋️ (@daphneiking) on
Dek kerana sebab itu, Daphne tidak membuka berita kehamilan anaknya itu biarpun di media sosial. Daphne turut menyatakan yang ada baiknya dirinya berbuat demikian kerana tidak mahu orang menilai dirinya hanya dengan penampilan, tetapi cara dirinya bekerja.
“Saya tidak mahu orang menilai hanya dengan penampilan saya, tetapi cara saya bekerja. Bagusnya, kebanyakan mereka tidak tahu saya sedang hamil, tambah pula saya memakai pakaian yang tidak menampakkan saya mengandung. Terima kasih kepada pereka fesyen, Melinda Looi, yang menghasilkan baju yang sesuai untuk saya. Dialah penyelamat saya. Begitu pun, lama-kelamaan ada juga yang dapat mengesan kehamilan saya. Sebahagiannya menerima perkara itu dengan cukup positif dan ada juga beberapa penganjur meminta pengurus acara memastikan saya memakai baju yang tidak menunjukkan saya hamil dan syukurlah mereka gembira,” ujarnya.
Daphne hanya berkongsi berita kehamilannya dengan rakan-rakan artis yang bertanya akan kondisi perutnya yang memang nampak seakan sedang hamil. Dan rata-rata mereka yang tahu khabar kehamilannya juga tidak berkongsi kisah tersebut dengan orang lain.. Pengacara jelita ini memilih nama Isidore berdasarkan nama datuknya. Daphne turut berkongsi kelahirannya di media sosial dan memuat naik gambar terbaru bayi comelnya, Isidore.
Good morning folks! Yesterday was an eggciting Sunday spent with family. Girls have gone to school, looks like it’s just the two of us today champ. I’m hungry. Again. Sigh. Of sore nipples and increased appetite. Thank you @mylilpetite for the baby quilt and pillows. Use it to prop @isidoredanielikingazmi up. My little man. ❤️ Vlog 80/2016 is published. “We almost died”. #mothercaremalaysia #adenandanais #mylilpetite #isidoredanielikingazmi A photo posted by Daphne Iking-Azmi ♋️ (@daphneiking) on
EH! ucapkan tahniah buat Daphne Iking dan suami atas kelahiran cahaya mata baru mereka ini.