Setelah berjaya menjadi Idol paling berpengaruh di dunia, 7 artis Korea ini tidak melepaskan peluang keemasan mereka untuk membuka syarikat rakaman sendiri.
Industri muzik Korea Selatan dan artis Korea semakin mendapat pengiktirafan dan tumpuan mata dunia. Bermula dari karier sebagai seorang pelatih, Idol dan ada sebahagian mereka mengorak langkah ke puncak; pelakon, penulis lagu dan CEO syarikat rakaman sendiri.
Ia merupakan satu perjalanan yang mengagumkan dari pentas sebagai bintang ke peringkat tertinggi sebagai pengerusi eksekutif syarikat mereka sendiri. Perjalanan dari idola menjadi CEO bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi tujuh artis Korea ini telah membuktikan ia boleh dilakukan.
Dengan keberanian, kecekalan dan bakat luar biasa, mereka telah membuka jalan kepada generasi baru dalam industri muzik Korea untuk menubuhkan kedudukan mereka sendiri, menunjukkan bahawa kejayaan tidak terhad hanya pada pentas, tetapi juga dalam dunia perniagaan.
Berikut adalah tujuh artis Korea yang menunjukkan keberanian dan kejayaan mereka dalam menerajui hala tuju baharu dalam dunia muzik:
1. Jay Park ( AOMG, H1ghr Music dan More Vision)
Syarikat label rekod Jay Park amat dikenali di Korea Selatan dan telah memegang ramai artis popular seperti Simon Dominic, Loco, Grey, Lee Hi, Sik-K, pH-1 dan Haon.
CEO kepada tiga syarikat muzik; AOMG, H1ghr Music, dan More Vision, Jay Park telah memainkan peranan penting dalam industri muzik Korea. Dengan pelbagai genre daripada hip-hop hingga R&B, syarikat ini menjanjikan persembahan berkualiti tinggi dan terus memberi impak besar pada landskap muzik tempatan dan antarabangsa.
2. CL (Very Cherry)
Very Cherry dibawah naungan CL, bekas ahli kumpulan 2NE1, terkenal dengan pendekatan berfokuskan kualiti. Mereka bukan sahaja menghasilkan muzik secara berterusan, malah lebih gemar memberi perhatian kepada setiap perincian, daripada proses rakaman sehinggalah kepada penerbitan akhir.
Mengekalkan warisan muzik dengan menghidupkan semula rakaman klasik, menjadikan warisan muzik boleh diakses kepada generasi semasa dan akan datang.
3. PSY (P Nation)
Sejak lagunya ‘Oppa Gangnam Style’ menjadi tular pada tahun 2013, seluruh dunia mulai mengenali PSY.
Rentak lagu yang menyeronokkan dan langkah tarian yang mudah diikuti menjadi begitu terkenal sehingga PSY menjadi artis Korea pertama yang mendapat satu bilion tontonan dalam sejarah Internet. Pada 29 Oktober 2018, PSY menubuhkan P Nation, sebuah label rakaman dan agensi hiburan yang diasaskannya selepas tamat kontrak dari YG Entertainment.
4. Jackson Wang (TEAM WANG)
Jackson Wang, seorang penyanyi dan penari kelahiran Hong-Kong telah menjadi tajuk utama industri hiburan Korea Selatan sejak dia menyertai kumpulan lelaki GOT7.
Satu ciri yang membezakan TEAM WANG ialah pendekatannya yang unik terhadap seni. Mereka menekankan kreativiti dan ekspresi sebenar, membolehkan artis mereka mengekspresikan diri mereka tanpa sekatan. Ini memberi kebebasan kepada artis untuk meneroka pelbagai genre muzik dan mengekalkan identiti mereka sendiri dalam proses kreatif.
5. Jisoo (BLISSOO)
Selepas dua rakannya melancarkan syarikat rakaman label, Jisoo mengikut langkah dengan mengesahkan khabar angin dan melancarkan label pengurusannya BLISSOO.
Kenyataan yang dikeluarkan pada 21 Februari 2024 lalu melalui Instagram, “Helo, ini JISOO. Saya teruja untuk berkongsi permulaan baru saya dengan BLISSOO. Nantikan apa yang akan datang, kerana saya teruja untuk menyebarkan kegembiraan kepada setiap orang daripada anda. Teruskan mencurahkan kasih sayang dan sokongan anda untuk JISOO dengan BLISSOO dan juga untuk BLACKPINK. Terima kasih.”
Label yang dicipta untuk projek solo Jisoo, BLISSOO menggabungkan perkataan ‘Bliss’, yang bermaksud kebahagiaan tertinggi, dengan nama artis ‘Jisoo’.
6. Lisa (LLOYD)
Penyanyi terkenal Lisa dari kumpulan K-Pop BLACKPINK turut menubuhkan labelnya sendiri, ‘LLOYD’ dan telah berkongsi dengan peminatnya melalui rangkaian sosial rasminya.
Pada 8 Februari, idola Thailand itu berkongsi foto hitam putih dirinya dalam sut dan nama agensi dengan kapsyen, “Memperkenalkan LLOUD, platform untuk mempamerkan visi saya dalam muzik dan hiburan”.
7. Jennie (ODD ATELIER)
Menurut Jennie, “Saya akan terus melakukan aktiviti berkumpulan (dengan YG Entertainment) tetapi saya masih mahu melakukan aktiviti solo dengan lebih bebas jadi saya menubuhkan (agensi saya sendiri) dengan teliti.”
Walaupun memiliki syarikat rakaman sendiri, Jennie masih mempunyai hubungan yang baik dengan YG Entertainment.
Baca: 10 Selebriti Korea Ini Ditemui Mati Akibat Depresi & Bunuh Diri