Bukan sahaja dianugerahkan dengan rupa paras yang menarik, 5 bintang K-drama ini juga mempunyai bakat lakonan yang meletakkan mereka setaraf dengan pelakon berpengalaman.
Cara Delevingne, Jamie Dornan, Rosie Huntingtin-Whiteley dan Ashton Kutcher antara bintang Hollywood yang bermula sebagai model sebelum bergelar pelakon. Tidak ketinggalan, beberapa bintang K-drama juga lahir dari pentas peragaan. Bukan sahaja dianugerahkan dengan rupa paras yang menarik, mereka juga mempunyai bakat yang meletakkan mereka setaraf dengan pelakon professional.
Berikut adalah 5 bintang K-drama yang bermula sebagai model peragaan sebelum bergelar pelakon:
Han So-hee
Antara nama yang paling popular dalam industri hiburan Korea Selatan hari ini. Dia mula mencuri perhatian peminat K-drama dengan watak wanita simpanan Da-yung melalui siri ‘The World of the Marries’ dan juga pelajar jurusan seni, Na-bi dalam siri ‘Nevertheless’. Sebelum berjinak dalam dunia lakonan, dia merupakan model professional dan dipilih membintangi video muzik kumpulan Shinee melalui media sosial. Bakatnya sekali lagi mendapat perhatian penonton sebagai Jiwoo, seorang polis penyamar yang melakonkan aksinya sendiri dalam siri Netflix terbaharu, ‘My Name’.
Baca lebih lanjut: Harry Styles Bakal Bergelar Adiwira Marvel