Shin Min-a
Sebelum memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 2001 melalui ‘Beautiful Days’ Shin merupakan antara model paling hangat di Korea dan pernah membintangi kempen untuk Calvin Klein, LG dan juga Giordano. Dia juga pernah muncul dalam video muzik kumpulan K-pop, g.o.d. Kini, peminat dapat menyaksikan lakonannya melalui siri ‘Hometown Cha-Cha-Cha’ di Netflix. Dia memegang watak doktor gigi Bernama Yoon Hye-Jin yang berpindah perkampungan tepian pantai dan berjumpa dengan Hong Du-sik lakonan Kin Seon-ho. Dia terus bergelar model hari ini selaku duta untuk label aksesori Perancis, Roger Vivier.
Baca lebih lanjut: Selepas Langkawi, Alihkan Pandangan Anda Ke Salah Satu Destinasi Terhebat Dunia; Desaru Coast