Abyss
Wataknya dalam siri televisyen ‘Abyss’ sebagai Jang Hui-jin cukup disayangi oleh kekasih dan tunangnya, Cha Min yang dilakonkan oleh Ahn Hyo-seop. Gayanya cukup natural, dan gemar menggayakan helaian berwarna putih seperti blaus off-shoulder dan gaun yang menjadi kegemarannya. Apabila karakter ini mula menghadapai situasi yang berbahaya, Jang Hui-jin banyak memakai helaian yang lebih selesa seperti celana jeans dan juga kardigan. Walaupun pilihan gaya untuk watak ini tidak mencuri perhatian, tetapi ianya mudah dan lebih dekat dengan gaya wanita moden hari ini.
Baca lebih lanjut: Tan Sri Michelle Yeoh Bakal Sertai Siri Netflix, The Witcher: Blood Origin