Nevertheless
Dalam siri terbaharu dariada Netflix ini, Han So-hee berlakon sebagai seorang pelajar universiti. Stail watak Yu Na-bi ini sama seperti pelajar yang biasa. Ianya kasual dan selesa. Dia banyak memilih helaian kardigan serta baju hoodie. Sebagai seorang pelajar bidang kesenian, dia juga dilihat kerap mengenakan apron untuk melindungi pakaiannya daripada terkena warna lukisan ataupun tanah liat. Dari padu padan denim bersama kasut sniker, karakter Yu Na-bi ini pasti mengembalikan memori sewaktu zaman belajar dahulu.
Foto: Netflix
Baca lebih lanjut: 10 Must Watch di Netflix Julai Ini