Akhirnya teka-teki yang tular di laman sosial media sebelum ini kini terjawab pabila Datuk Hans Isaac mengesahkan yang dia dan tunangnya, Gabriella telah membatalkan majlis perkahwinannya yang sebelum ini ditundakan.
Datuk Hans Isaac dan Gabriella Robinson sepatutnya melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 29 Julai yang lalu namun kemudian ditangguhkan ke tahun hadapan atas sebab bapa kepada Gabriella terikat pada urusan kerja di Austria.
Kemudian, khabar angin mula tersebar luas mengatakan yang mana pemenang Miss Tourism International 2011/12 itu telah memadam gambar-gambarnya bersama Datuk Hans di dalam akaun Instagramnya dengan alasan kerana ingin mengasingkan akaun untuk hal kerja dan peribadi.
Kini, segala persoalan telah terjawab pabila Datuk Hans sendiri menjelaskannya.
“Dengan berat hati, saya mengumumkan rancangan saya untuk berkahwin, selepas bertunang pada 29 Januari tahun ini, terpaksa dibatalkan. Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan ia dibuat setelah berfikir panjang, susulan daripada pertunangan berkenaan. Saya ingin memohon maaf kepada semua rakan dan keluarga yang memberikan sokongan tidak terhingga dan hanya mendoakan yang terbaik untuk saya. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi memahami dan menyokong saya selama ini,” katanya menerusi kenyataan yang dikirimkan kepada BH Online, sebentar tadi.
Menerusi laman Instagram aktor kacak itu, Datuk Hans sempat memuat naik sebuah entri mengesahkan berita tersebut kepada pengikutnya.
https://www.instagram.com/p/Ba3AMWZBOdP/?taken-by=hansisaac
Pasangan itu bertunang pada 29 Januari lalu di Cathedral of the Good Shepherd di Singapura. Sebulan selepas itu, mereka mengumumkan berita itu kepada pihak media menerusi sebuah sidang media.
Hanya sehari selepas pengumuman tersebut dibuat, seorang lelaki bernama Robin Coenrad tampil mendakwa dirinya telah dicurangi oleh Gabriella dan kemudian memuat naik perasaannya di laman Facebook sehingga tular.