Sudah mencecah enam bulan hamil, Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah mencipta lagu istimewa khas buat anak pertama yang dikandungkan sekarang ini.
Penyanyi tersohor negara ini dijangka bakal melahirkan bayi pertamanya itu yang dinantikan selama 11 tahun pada bulan Mac nanti. Meskipun sedang sarat hamil, Datuk Seri Siti sempat menghasilkan lagu buat anaknya.
“Setakat ini, saya sudah ada tiga melodi yang saya cipta secara humming. Saya akan serahkan semua melodi itu kepada komposer. Hanya melodi yang terbaik akan dirakamkan,” katanya kepada BH Online.
Melodi lagu tersebut dikatakan tercipta kala dia berada di dalam kamar mandi. Lagu tersebut dikatakan sebagai hadiah buat cahaya mata itu nanti.
“Saya buat lagu ini kerana selain saya seorang penyanyi, ia juga sebagai hadiah untuk bayi ini yang boleh dijadikan kenangan sehingga dia dewasa,” katanya.
Walaubagaimanapun, menurutnya lagi, lirik serta tajuk lagu tersebut masih belum ada lagi tetapi ia dijangka bakal dirakamkan sebelum isteri kepada Datuk Seri Khalid ini bersalin.
Turut sempat berkongsi yang mana dirinya menghadapi proses alahan pada awal kehamilan. Katanya “Selera makan saya tidak sama seperti dahulu, saya tidak boleh makan makanan pedas dan tomyam yang rasa masam-masam pun saya tak mahu. Ibaratnya, hari-harilah saya makan sup. Tapi kalau hari-hari makan sama pun tak boleh telan juga.
Umum tahu yang mana Datuk Seri Siti pernah menjejakkan kaki di bumi Palestin sebelum ini bersama suami tercinta. Akuinya, dia kini mempunyai proses mengidam seperti mana wanita hamil yang lain.
“Saya sebenarnya teringin nak makan buah limau Palestin yang pernah saya rasa ketika berkunjung ke sana sebelum ini. Manis sangat,” ujarnya.