Dalam hantaran yang sama, Siti menjelaskan nama Muhammad Afwa dipilih kerana ia membawa makna keampunan atau kemaafan. Dia turut berkongsi simbolik di sebalik pemilihan nama tersebut.
“Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.
“Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa yang saya muat naik di atas.
“Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah s.w.t. dan kita semua juga di dalam lindunganNya.”
Siti melahirkan cahaya mata keduanya di sebuah pusat perubatan di Selangor pada 19 April lalu. Menerusi satu kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan penyanyi itu, Muhammad Afwa dilahirkan dengan berat 3.84 kilogram menerusi kaedah pembedahan.