Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Arkib EH!
Kecoh sebelum ini yang menyatakan tentang kehamilan penyanyi hebat negara ini sudah menjangkau 2 bulan. Sebelum ini heboh juga diperkatakan yang Datuk Siti Nurhaliza menafikan akan kehamilannya, namun kemudiannya diakui oleh ahli keluarga terdekatnya yang mengatakan kebenaran kehamilan Datuk Siti.
Gambar: Instagram Datuk Siti Nurhaliza
Datuk Siti menafikannya kerana tidak mahu menghebohkan akan kehamilan yang masih di peringkat awal. Namun, mengharapkan yang terbaik buat kandungannya ketika itu kerana ia semestinya satu berita gembira buatnya dan keluarga.
Gambar: Instagram Datuk Siti Nurhaliza
Namun, hari ini dilihat melalui akaun Instagram milik Datuk Siti menyatakan satu penjelasan yang pastinya mendukacitakan buatnya dan ahli keluarga lain atas keguguran yang beliau alami.
Semoga Datuk Siti diberikan kekuatan atas dugaan ini dan dapat berehat secukupnya sebelum kembali ke persada seni.