Diana Danielle membintangi siri baharu berjudul GANJIL bersama Fattah Amin dan Izzue Islam yang bakal ditayangkan melalui laman penstirman, Viu bermula 30 September 2021.
Peneraju perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau PCCW, Viu bakal melancarkan siri drama baharu Malaysia berjudul GANJIL. Sebuah kisah percintaan yang romantik, penuh fantasi, siri 10 episod ini bakal dibintangi oleh Fattah Amin, Diana Danielle, Izzue Islan dan Fateen Afeefa yang akan ditayangkan bermula 30 September 2021. GANJIL diterbitkan oleh Razor’s Edge Pictures dan diarah oleh Datuk Yusry Abdul Halim.
Ikuti temu bual bersama bintang utama, Diana Danielle yang sempat berkongsi pengalaman berlakon dalam siri baharu berjudul, GANJIL.
Boleh memperkenalkan watak anda dalam GANJIL?
Diana: Saya mainkan watak sebagai Nabila, seorang anak tunggal yang secara luarannya mempunyai kehidupan yang sempurna dan keluarga yang menyayanginya. Tetapi mereka tidak tahu sisi-sisi lain yang cuba dia rahsiakan dari orang yang terdekat dengannya. Apabila dia masuk ke dalam mimpi, mimpi itu membantu dia untuk mencari jalan keluar dari masalah-masalahnya. Ia bersambung-sambung dan mimpi itu melibatkan orang yang tidak dikenalinya. Dan ia mengganggu realitinya.
Baca lebih lanjut: Selepas Langkawi, Alihkan Pandangan Anda Ke Salah Satu Destinasi Terhebat Dunia; Desaru Coast