Adakah watak ini dekat dengan diri anda?
Diana: Saya boleh relate dengan watak ini kerana kami lalui konflik yang sama. Saya juga seorang anak tunggal. Dan mahu kekal berada dalam dunia saya dan tidak mahu keluar dari realiti juga saya berasa dekat dengan Nabila. Itu antara sebab saya mahu menjadi seorang pelakon kerana saya mempunyai imaginasi dalam fikiran, dan saya boleh percaya apa yang saya mahu pada diri saya.
Ada momen-momen ‘GANJIL’ atau tidak boleh dilupakan ketika penggambara?
Diana: Momen ‘GANJIL’ memang pada call time. Sebenarnya, semuanya sangat profesional. Semua bekerja keras untuk menghabiskan penggambaran ini. Sangat sukar berlakon ketika PKP ini. Dan perkara paling ‘GANJIL’ adalah apabila kami berjaya menghabiskan projek ini. Call time berubah, lokasi juga kena tukar. Musim hujan lagi. Banyak halangan yang kami perlu harung. Dari 50 hari, terus jadi tiga kali ganda tempoh penggamabaran.
Baca lebih lanjut: Resipi Gourmet South Australia Istimewa Oleh Chef Wan