Oleh: Farhana Fuad
Gambar : TPGimages
Secara senyap, David Beckham dan Victoria Beckham tidak lagi menguruskan syarikat Victoria Beckham Limited bersama sejak setahun yang lalu. Dan keputusan ini dibuat dengan tujuan untuk menjadikan perniagaan mereka lebih cekap dan berjalan lancar.
Pasangan selebriti ini telah pun menyusun semula susun atur syarikat masing-masing. Mereka melihat yang perniagaan mereka lebih sempurna hari demi hari. Bekas pemain bola sepak dunia, Beckham mengambil langkah untuk melepaskan jawatan sebagai pengarah di Victoria Beckham Ltd setelah enam tahun bekerja bersama isterinya Victoria dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Robert Dodds.
Dia melangkah keluar pada Disember 10, 2014 dan pada hari yang sama, keseluruhan modal saham yang diterbitkan telah dipindahkan ke syarikat induknya Beckham Brand Holdings,Ltd.
Masing-masing diberikan saham yang sama rata menurut laporan RadarOnline. Dokumen syarikat yang difailkan di United Kingdom mendedahkan yang kontrak berkaitan dengan jenama Beckham telah dipindahkan ke syarikat DB Ventures Limited yang mana syarikatnya yang memfokuskan pada mengeksploitasi jenama David Beckham tanpa sebarang penglibatan pereka fesyen Victoria.
Beckham dan Victoria masing-masing adalah pengarah dan pemegang saham Beckham Brand Holdings yang mana DB Ventures adalah sebuah syarikat sub.
“Beckham Brand Holdings Limited merupakan syarikat induk kepada kedua-dua Victoria Beckham dan DB Ventures Limited. Ia diurus sama rata oleh Victoria Beckham, David Beckham dan XIX Management UK Limited,” bacaan pada dokumen tersebut.
Beberapa tahun yang lalu, pasangan ini sudah menjual beberapa hartanah milik mereka termasuklah Beckingham Palace di Hertforshire pada Mei 2014, sebelum mansion Madrid pada Ogos 2015 dan seterusnya kediaman French mereka di Cote d’Azur pada Oktober 2015.
Dengan ini tersebar khabar angin di Amerika Syarikat yang mana pasangan ini mungkin sedang merancang untuk berpisah. Namun ianya dinafikan sekeras-kerasnya oleh wakil Beckham.