Bekas pemain bola sepak dunia, David Beckham baru sahaja berjaya melancarkan kelab bola sepak baru di Miami sekaligus berpindah ke sana, tetapi isteri dan anak-anaknya tidak turut serta.
Laporan media antarabangsa mengatakan yang mana keputusan Beckham untuk berpindah ke Miami membuatkan isterinya merasakan yang ia adalah sebuah keputusan yang mementingkan diri kerana mahu menghabiskan lebih banyak masa di Amerika Syarikat.
Bahkan, perkahwinan Beckham dan Victoria turut dikatakan sedang mengalami krisis disebabkan perkara itu. Victoria mengatakan keputusan suaminya itu adalah keputusan yang mementingkan diri kerana bakal kurang menghabiskan masa bersama anak-anak serta dirinya yang masih menetap di London.
Tiga orang anak mereka iaitu Romeo, 15, Cruz, 12, dan Harper, 6, akan terus bersekolah di London sementara abang sulung mereka iaitu Brooklyn bersekolah di New York City.
Menurut laporan portal media di sana, sumber terdekat kepada Victoria menyatakan, “She is seething, devastated and furious. Having to spend so much time away from the family will put a real strain on things.”
Dikatakan yang mana Victoria tidak gembira akan keputusan suaminya. Sumber itu menambah, “Ia adalah masa yang paling buruk sepanjang perkahwinan mereka. Dia merasakan yang David membuat keputusan yang mementingkan diri dengan mengutamakan kariernya berbanding keluarga.”
Namun, melihat kepada entri yang dikongsikan Victoria melalui laman Instagramnya, usahawan terkenal itu memberikan ucapan tahniah buat suaminya.
“We can’t wait to be spending much more time in Miami,” ujar Victoria menerusi video tersebut.
Anak perempuan mereka, Harper turut menyatakan, “Hi daddy, I can’t wait to see your first football match!“
Menurut laporan terkini, Victoria menafikan yang mana dia mengatakan keputusan suaminya itu adalah mementingkan diri.
Victoria dilihat tenang berjalan kaki bersama anak perempuannya, Harper ketika menghantarnya ke sekolah di London. Sumber mengatakan yang Victoria menafikan yang perpindahan Beckham ke Miami membuatkan rumah tangganya tegang,
“David dan Victoria adalah pemegang saham bersama di dalam bisnes mereka, jadi ini juga merupakan keputusan bersama serta satu keluarga duduk dan berbincang bersama akan soal itu. Bahkan mereka sangat teruja kerana ia satu peluang yang besar. Mereka semua menantikan waktu lapang untuk menghabiskan masa bersama di Miami,” kata sumber rapat dengan keluarga itu.