Oleh: Farhana Fuad
[soliloquy id="92798"]
Legenda ikon dunia muzik, David Bowie akhirnya menghembuskan nafas terakhir di kediamannya Isnin lalu setelah bertarung dengan kanser selama 18 bulan Bowie. Bowie meninggalkan ahli keluarganya dua hari selepas hari kelahirannya yang ke-69 tahun. Pemergian beliau disahkan oleh wakilnya, Steve Martin.
“David Bowie pergi dengan tenang pada hari ini (Isnin, 11 Januari 2016) dikelilingi seluruh ahli keluarganya,” tulisnya di akaun Facebook milik Bowie.
Bowie sempat melancarkan sebuah album terbarunya yang berjudul ‘Blackstar’, sebuah kolaborasi bersama kuartet jazz pada Jumaat lalu iaitu hari kelahirannya. Bowie akan diberikan penghormatan di sebuah konsert yang akan berlangsung di Cargenie Hall pada 31 Mac featuring Roots, Cyndi Lauper dan Mountain Goats.
Mendiang Bowie juga pernah berkolaborasi bersama muzikal Off Broadway, ‘Lazarus’ yang mana merupakan sebuah sekuel untuk filem 1976 yang memaparkan peranannya di layar perak, “The Man Who Fell to Earth.”