Oleh: Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
Perginya mendiang David Bowie, seorang penghibur dan penyanyi legenda, penulis lirik, penerbit, pelukis dan juga pelakon ini meninggalkan pelbagai kenangan di dalam industri hiburan.
Dengan bakat serta kerjayanya yang luas itu membuatkannya antara selebriti yang mempunyai pendapatan serta aset yang tinggi. Bintang yang cukup dikenali di persada muzik antarabangsa ini dilaporlan mewasiatkan USD100Juta harta kepada pewarisnya iaitu isterinya, Iman serta dua orang anaknya, Duncan dan Lexi, dan juga pembantunya serta bekas pengasuh untuk anaknya Duncan.
Bowie atau nama sebenarnya David Robert Jones meninggal dunia pada 10 Januari lalu akibat kanser pada usianya 69 tahun. Merujuk kepada tulisan wasiat tersebut, isterinya yang juga seorang supermodel akan mendapat separuh daripada harta tersebut. Bowie turut mewasiatkan USD2Juta kepada pembantunya berserta rakannya Corinne ‘Coco’ Schwab dan USD1Juta kepada bekas pengasuh anaknya Duncan iaitu Marion Skene.
Kedua-dua anak Bowie, Duncan Jones yang berusia 44 tahun hasil perkahwinan Bowie sebelum ini dan Alexandria Jones pula yang berumur 15 tahun akan mendapat baki kepada keseluruhan harta mendiang berserta aset peninggalan bapa mereka itu.
Menurut sumber berita New York Daily, Bowie meninggalkan anak perempuannya yang disambut pada tahun 2000 hasil perkahwinannya dengan Iman sebuah harta negara di Little Tonshi Mountain di Catskills. Manakala Duncan akan mewarisi segala harta pusaka yang lain.
Sebelum kematiannya, Bowie pernah meminta untuk dibakar dan meminta abunya dilepaskan di Bali, atas kepercayaannya pada Buddha. Mendiang Bowie sangat mencintai Iman sepenuhnya. Bowie sangat menyayangi Iman kerana keberaniannya yang tinggi menurut seorang kenalan rapat keluarga Bowie kepada US Weekly.