Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Tune Studios
Masih ingat pada tiga gadis yang tampil dalam muzik video hangat Caprice setahun lalu berjudul Xde Hal Bro? Kini mereka tampil sebagai sebuah kumpulan wanita dengan nama De Fam meneruskan legasi yang sebelum ini diwarnai oleh kumpulan ikonik seperti Feminin, Elite dan Freshies.
De Fam mula mendapat perhatian melalui video muzik yang pada mulanya dipanggil sendiri oleh Caprice untuk muncul dalam rakaman muzik video miliknya. Mereka adalah Sophia Liana, Cik Manggis dan Azira Shafinaz yang tampil segar dengan imej urban serta lagu menarik digabung dengan aksi bertenaga masing-masing untuk single pertama mereka berjudul #Supergirl.
Sophia Liana
Gambar: Instagram Sophia Liana
Cik Manggis
Gambar: Instagram Cik Manggis
Azira Shafinaz
Gambar: Instagram Azira Shafinaz
Setelah meraih perhatian ramai melalui video itu, mereka mula mendapat permintaan untuk muncul dalam lebih banyak muzik video tetapi dengan nyanyian mereka sendiri. Sejak itu mereka berazam untuk menubuhkan kumpulan muzik sendiri menggabungkan tiga suara yang mantap hasil gabungan suara mereka bertiga. Masing-masing yang cukup terlatih dalam bidang tarian melengkapi De Fam sebagai sebuah kumpulan wanita yang bakal mengegarkan dunia muzik tempatan.
Berpeluang untuk bekerja dengan ramai penggerak muzik berpengalaman mereka bertemu dengan produser yang mengolah lagu mereka yang hit #Supergirls ini serta lagu cover yang De Fam pernah rakamkan sebelum ini.
Media sosial memberikan respon yang hebat untuk muzik video pertama mereka dengan lagu cover Black Widow yang turut menarik perhatian Adib Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios menyunting mereka sebagai artis di bawah Tune Studions.
“Perancangan kami sekarang adalah untuk fokus dalam mempromosikan muzik video #Supergirls dan pada masa yang sama kita juga akan menghasilkan lagu baru. Pada waktu terdekat kami sedang dalam pembikinan lagu raya yang akan menyaksikan kami berkolaborasi dengan Oh Chentaku untuk kempen TuneTalk,” katanya yang juga merancang untuk menghasilkan single kedua mereka tidak lama lagi.
Ditemui ketika majlis iftar AirAsia yang lalu, masing-masing sudah berada dalam mood raya dan turut berkongsi mengenai persiapan mereka menjelang Aidilfitri. Cik Manggis sibuk menjalankan bisnes biskut raya di laman Instagram miliknya dan tak perlu risau tentang busana raya kerana dia amat bertuah kerana akan dihasilkan sendiri oleh ibunya yang juga seorang tukang jahit. Sophia Liana pula menyatakan yang persiapan raya tahun ini sudah lengkap serba serbi dari segi pakaian raya yang mengikut tema yang dirancang keluarganya.
Jom tonton muzik video #Supergirls dengan aksi bertenaga tiga gadis jelita ini.