Kumpulan gadis K-pop generasi baharu, ILLIT, mencuri perhatian dunia fesyen apabila membuat debut pertama mereka di Minggu Fesyen Paris menerusi pertunjukan Jacquemus ‘Le Palmier’.
Bertempat di lokasi couture era 1950-an dan sensualiti era 1990-an, koleksi ‘Le Palmier’ memperlihatkan humor satira era 1980-an yang dihidupkan melalui tona malap filem Perancis dan rancangan televisyen berwarna teknikolor pada zaman tersebut. Pendek erti, ia estetika minimalis yang menjadi DNA jenama Jacquemus.
ILLIT tampil seiring dengan konsep tersebut, memancarkan aura muda, segar dan effortlessly chic, selari dengan imej kumpulan yang sedang meningkat naik di peringkat global.

Setiap ahli ILLIT tampil dalam persalinan nuansa merah Jacquemus yang berpotongan bersih dan siluet feminin moden.
Aksesori dipilih secara minimum, beg mini ikonik Jacquemus, kasut bertumit tinggi serta perhiasan emas halus, memadukan konsep “less is more” yang menjadi teras jenama ini.
Kehadiran kesemua lima anggota mereka dalam satu acara fesyen dianggap sesuatu yang jarang berlaku, sekaligus mencetuskan pancaran cahaya kamera daripada pihak media yang berada di lokasi tersebut.
Baca: Para Selebriti yang Hadir di Paris Men’s Fashion Week Musim Luruh/Dingin 2026


