Oleh: Farhana Fuad
Gambar: www.indicine.com
Filem hindustan gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol kini kembali menggegar pawagam di seluruh benua. Kembalinya filem gabungan dua pelakon hebat Bollywood ini nyata mengautkan keuntungan yang berlipat kali ganda yang setakat ini sudah mencecah Rs338.75 crore yang bersama dengan 2.23 juta.
Setakat ini, filem hebat romantis gandingan SRK dan Kajol ini menjadi pilihan ramai di sekitar Malaysia, Kuwait dan Indonesia. Ternyata yang lakonan SRK dan Kajol masih mampu membuatkan ramai penonton terpegun menonton filem ini.
Bahkan, lagu tema filem Dilwale yang berjudul Gerua dan Janam Janam kian mendapat tontonan hebat di laman Youtube yang kini sudah hampir mencecah 42 juta tontonan. Kedua-dua lagu popular ini ditulis oleh Amitabh Bhattacharya dan dinyanyikan oleh Arijit Singh bersama Antara Mitra.
“Dilwale mendapat sambutan hebat di seluruh benua. Filem ini telah menghasilkan satu benchmark baru di pasaran antarabangsa. Kami berbangga untuk berkongsi yang Dilwale merupakan filem laris kedua terbesar tahun 2015 di pasaran antarabangsa dan secara keseluruhannya ketiga tertinggi pada tahun lalu,” ujar Gaurav Verma, Ketua Pegawai Pendapatan, Red Chillies Entertainment.
EH! kongsikan video di sebalik tabir serta treler filem terhangat Dilwale.