Justin sebelum ini pernah menjadi tajuk berita kerana membuat permintaan keterlaluan ketika konsert jelajah dunia. Pada 2017, tular satu ciapan di Twitter yang mendedahkan pelantun lagu Peaches itu sememangnya mempunyai senarai perkara yang dimahukannya ketika berada di luar negara.
Wartawan muzik, Arjun S Ravi mendakwa Justin mengeluarkan satu siaran akhbar yang meminta agar beberapa barangan seperti PlayStation, meja ping-pong, mesin basuh serta peti sejuk dihantar ke lokasi konsert dan ditempatkan di belakang pentas.
Menerusi siaran akhbar yang sama, dia turut meminta agar sebuah jakuzi diletakkan di belakang pentas supaya dia boleh berehat selepas persembahannya berakhir. Selain itu dia juga mahukan 10 kereta sedan mewah, dua bas Volvo, dan sebuah Rolls Royce untuk kegunaan sendiri dan rombongannya seramai 120 orang.