Kesahihan mengenai permintaan Justin boleh jadi benar atau sebaliknya. Namun kini apabila menjalani konsert jelajah di negara kelahirannya, Kanada atau seluruh dunia, segala apa yang diperlukannya telah pun tersedia dalam bas miliknya.
Ia dilaporkan bernilai RM8.4 dan mencerminkan dekorasi penthouse mewah dengan pendiang api palsu, kamar tidur dengan katil yang selesa, karya seni yang digantung di dinding, juga bilik mandi luas yang dilengkapi dengan sauna inframerah.
“Ketika menjelajah, saya perlu memastikan suhu badan saya berada di tahap optimum,” jelasnya mengenai sauna yang ditempatkan di dalam bas.
“Banyak perkara saya perlu lalui semasa konsert jelajah yang memberi impak besar terhadap tubuh. Saya perlu membuat persembahan selama satu jam setengah dalam satu malam, menyerupai latihan keras yang dilakukan atlet profesional,” tambahnya.
Foto: Getty Images