Begitu juga dengan ahli kumpulan Big Bang, Taeyang yang membeli seunit kondominium di Hannam Riverhill pada 2014 sewaktu baru menjalin hubungan cinta dengan aktres Min Hyo Rin. Mereka berkahwin pada 2018.
Hannam Riverhill merupakan salah sebuah hartanah paling eksklusif di Korea Selatan namun Taeyang dikatakan menjual unit tersebut pada 2020 dan membeli sebuah kediaman mewah bersama isterinya di Janghak Paarc Hannam di kejiranan Hannam-dong yang juga dikenali sebagai ‘Beverly Hills’ Seoul.