Tiada angin tiada ribut, Aizat Amdan membuat kejutan dengan mengumumkan dia bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi.
Aizat berkongsi khabar gembira itu ketika majlis perasmian lagu baharunya, Hanya Kita Dua di Indigital Music, Petaling Jaya dua hari lalu.
“Saya rasa ini adalah masa yang tepat selepas menjalin percintaan selama tiga tahun. Saya tidak pernah ada perasaan seperti ini, jadi saya tahu dia adalah wanita yang tepat,” ujarnya.
Gadis yang berjaya mencuri hati Aizat tidak lain tidak bukan adalah pengurusnya sendiri, Elyssa Alia Ilias yang juga bekas pengacara Jom Wayang.