Dia tidak mendedahkan terlalu banyak rahsia, namun apabila ditanya bagaimanakah perasaannya memiliki seseorang yang dicintai, dia mengatakan hidupnya jauh lebih baik setelah bertemu wanita yang tepat.
“Dia sejuta kali lebih berharga daripada wanita-wanita lain. Apabila anda menemui seseorang yang tepat, anda akan mengetahuinya. Dialah wanita tepat buat diri saya.”
Apabila diajukan soalan mengenai perkahwinan dan memulakan keluarga, Rocky mengakui sangat terbuka mengenainya jika ia ditakdirkan. Tambahnya, dia percaya akan mampu menjadi bapa yang hebat buat anak-anaknya satu hari nanti.