Selena pernah meluahkan perasaannya terhadap Chris menerusi satu temu bual pada 2015.
“Saya meminati Chris Evans. Bukankah dia kacak? Dia sangat kacak!” katanya kepada Andy Cohen dalam rancangan Watch What Happens Live With Andy Cohen.
Tambahnya, itu merupakan kali pertama dia mendedahkan perasaan terhadap bintang Avengers: Endgame itu. “Oh Tuhan, sama ada dia akan membenci saya atau menyukai saya.”