Jun lalu, satu sumber mendedahkan punca mengapa bintang Monte Carlo itu masih belum mencari pengganti sehingga kini.
“Selena seorang wanita tradisional, dia hanya mahu mencari lelaki yang tepat untuk dijadikan suami dan memulakan keluarga satu hari nanti.
“Namun dia tidak mencari perhubungan serius buat masa ini. Apa yang penting buatnya sekarang adalah memberi keutamaan pada kesihatan, kerjaya dan kerja-kerja amal.
“Dia telah bekerja keras untuk menangani kesihatan fizikal dan mentalnya selama beberapa tahun, dia juga mahu menjadi versi terbaik dirinya sebelum berkongsi kehidupannya dengan orang lain. Justeru dia hanya akan menjalin hubungan cinta apabila dia benar-benar telah bersedia.”
Foto: Broadimage/Shutterstock; Matt Baron/Shutterstock; USMagazine
Baca: Selena Gomez Akhirnya Dedah Misteri ‘Penampilan Jingga’ Di Met Gala 2018