Mengenai DIAM
Lagu ini adalah lagu pertama yang dikeluarkan dari Album Solo Debut Mimifly. Ia membicarakan tentang kekecewaan dalam masyarakat di mana sering menjadi tempat netizen menempias amarah dan menyatakan kekurangan dan kesilapan seseorang, apatah lagi ada bila dengan sengaja merancang sesuatu yang buruk semata-mata mahu menyaksikan orang lain jatuh.
Tidak kira apa yang kita lakukan, netizen akan tetap menumpukan perhatian pada perkara yang buruk dan akan terus bercakap dan menilai tanpa memahami keadaan sebenarnya. Pada akhirnya mesej yang cuba disampaikan oleh Mimi dengan lagu ini adalah kita perlu belajar mengabaikan negativiti ini kerana ia tidak sihat dan tidak produktif. It is best not to get involve and be part of such toxicity. Silence is better.