EH! edisi istimewa perkahwinan Jun ini membawakan aktres jelita, Diana Danielle di samping penampilan khas fashion guru Malaysia, Rizalman Ibrahim sebagai pengarang jemputan. Dua pasang busana direka khas buat penggambaran kali ini dan hasilnya cukup untuk buat semua tersenyum gembira. “You guys make me wanna put this on forever,” ucap Diana sebaik sahaja Rizalman menutup kepalanya dengan sifon putih. Berseri-seri wajahnya.
Hanyut di bawa ‘Hanyut’
U-Wei antara nama besar di dalam industri filem tempatan dan ramai pelakon memasang angan-angan untuk beraksi di bawah telunjuk pengarah tersohor ini. Diana tidak terkecuali. Jelas Diana pada awalnya dia tidak yakin kala dipanggil untuk hadir ke casting Hanyut. Malah, dia datang ke uji bakat untuk filem tersebut selepas tarikh casting ditutup. “Saya sahut cabaran, mengapa harus mengalah sebelum melangkah. Andai tak dapat, tak mengapa. Mungkin bukan rezeki.”
“Beberapa minggu setelah diuji bakat, tiada sebarang berita daripada pihak produksi. Saya anggap saya gagal, tetapi saya silap. Dua bulan selepas itu saya menerima panggilan. Saya diterima. Jelas U-Wei, dia dapat rasakan dia punya chemistry untuk bekerja dengan saya.”
Bina Standard
Biarpun tidak seaktif aktres lain, namun Diana menyifatkan perjalanan karier berjalan mudah. Tahun ini dia dicalonkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular, biar pun tewas di tangan Maya Karin, namun dia bangga dengan pencapaiannya.
“Setiap tahun saya punya wish list, dan syukur semuanya ‘datang’ kepada saya.”
Perhubungan & Perkahwinan
“Saya mahukan seorang yang grounded, penyabar dan matang. Saya bisa rasakan seseorang yang tidak banyak cakap itu seksi. Mereka punya karisma, biarpun pendiam tapi ada tarikannya.”
“Oh dia mestilah sekurang-kurangnya six feet tall, sebab saya suka pakai heels (tertawa). Lagipun saya berasa selamat dengan lelaki yang tinggi (ketawa lagi).”
Ikuti sambungan kisah Diana di dalam EH! Jun ini. Dapatkan EH! di pasaran sekarang.