Sharnaaz Ahmad Tampil Beri Jawapan
Menerusi satu perkongsian bersama Kosmo, Sharnaaz Ahmad menafikan perkara itu dengan berkata, “Tak. Gimik. Itu sahaja saya boleh kata.” Tambahnya, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa foto itu dipadam selang beberapa minit selepas dimuat naik.
“Malas nak layan. Saya banyak kerja sebab itu saya padam gambar. Tunggu ‘posting’ yang betul nanti. Lantak merekalah nak tulis apa dah memang kerja mereka. Tunggu muat naik yang sudah disunting nanti.”
Aktor berusia 38 tahun itu berkata segelintir pihak membuat andaian sendiri mengenai wanita dalam foto yang dikongsi sedangkan wajahnya langsung tidak didedahkan. “Apa benda? Mana ada Amelia. Jangan memandai Mat.” Bagaimanapun penjelasan itu dilihat masih samar. Justeru tidak dapat dipastikan sama ada pelakon itu telah pun bertunang namun masih mahu merahsiakan, atau kebenarannya seperti yang dikata – sekadar gimik.
Awal bulan ini perhubungan mereka hangat diperkatakan netizen, malah Sharnaaz Ahmad mengakui sedang rapat dengan pelakon baru itu. Dia pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Noor Nabila pada Mac 2017 namun bercerai pada Julai 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.
Baca: Tukar Fikiran, Sharnaaz Ahmad Enggan Ceraikan Noor Nabila.