Tulis Janna menerusi satu hantaran di Instagram, dia mendengar beberapa suara dalam kepalanya secara serentak seperti sedang melakukan perbincangan berkumpulan.
Dia menyangka ia sesuatu yang dialami oleh semua orang. Selepas mula mengambil ubat, barulah dia sedar mindanya tidak berfungsi seperti orang lain.
Jelasnya lagi, dia tidak mengetahui gangguan bipolar ini berpunca daripada genetik atau pengalaman masa silamnya. Janna mengakui pernah cuba meragut nyawa sendiri sebanyak tiga kali.