“Pada usia lapan tahun saya sudah ada keinginan untuk membunuh diri. Percubaan pertama saya adalah pada usia 14 tahun, di mana saya menelan segenggam panadol bersama ubat-ubatan lain.
“Saya cuba membunuh diri sekali lagi setahun selepas itu, tahun yang sama saya mengambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Saya kelar pergelangan tangan di depan adik perempuan saya,” tulisnya.
Pelakon itu turut berkongsi pengalaman zaman kanak-kanaknya yang menyedihkan dan mendakwa penderaan cukup sinonim dengan hidupnya.
“Zaman kanak-kanak saya tidak seperti rakan-rakan lain. Sepak terajang memang ‘makanan’ saya sejak kecil lagi.”