Bukan mudah menjayakan sesebuah watak dalam filem biopik. Ada pengorbanan yang perlu dilakukan oleh para pelakon method, termasuk Austin Butler.
Sebagai persediaan untuk menggalas watak ‘Raja Rock and Roll’ Elvis Presley, Austin dilaporkan mengikuti diet pelik yang dilakukan Ryan Gosling untuk menjayakan peranannya dalam sebuah filem.
Diet yang dimaksudkan adalah mencairkan aiskrim Häagen-Dazs di dalam ketuhar gelombang mikro dan minum dengan tujuan untuk menambah berat badan.