“Sebaik sahaja mendengar petua itu, saya terus mencubanya,” katanya dalam podcast Variety, Awards Circuit yang disiarkan pada Jumaat lalu.
Austin turut mengakui membeli dua dozen donat dan menghabiskannya seorang diri. Hasilnya, dia berjaya menaikkan beberapa kilogram berat badan.
“Ia agak menyeronokkan dalam seminggu dua, tetapi kemudian saya berasa teruk dengan diri sendiri,” kata aktor berusia 32 tahun itu. Pada akhirnya dia terpaksa memakai sut badan untuk menjayakan beberapa babak.