Austin juga mengambil langkah ekstrem dengan ‘menukar’ suaranya untuk filem Elvis dan mengakui pada awal bulan ini bahawa peti suaranya mungkin telah rosak selepas menjalani penggambaran selama tiga tahun.
Sebulan lalu dia dipersenda netizen kerana masih menggunakan loghat selatan mendiang Elvis Presley walaupun filem itu telah lama ditayangkan. Bagaimanapun akuinya, sedikit masa diperlukan untuk mengembalikan suara asalnya kerana dia telah ‘hidup dan bernafas dengan Elvis Presley’ selama bertahun-tahun dengan bantuan jurulatih vokal.
Menerusi filem biopik yang ditayangkan di layar perak pada Jun tahun lalu, Austin berjaya menggenggam trofi Bintang Filem Terbaik di People’s Choice Awards (2022) dan tiga trofi Pelakon Lelaki Terbaik di AACTA Award (2022), Golden Globe Awards (2023) serta BAFTA Awards (2023).