Park Seo Joon Dedah Kebenaran
Ketika menghadiri sidang akhbar untuk filemnya akan datang, Concrete Utopia, aktor berusia 35 tahun itu memberi kata dua mengenai gosip yang sedang bertebaran. Park Seo Joon dilihat tidak menafikan khabar angin tersebut, seolah mengiyakan bahawa dia kini sedang menjalin cinta dengan aktres dan penyanyi itu.
“Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya apabila mendengar berita ini adalah ramai peminat menyayangi saya. Malah saya teruja dengan perhatian yang diberikan. Bagaimanapun saya merasai tekanan untuk bercakap tentang kehidupan peribadi kepada umum. Sukar untuk saya memberi komen kerana ia terlalu peribadi,” jelasnya ringkas.
xooos yang kini berusia 29 tahun merupakan bintang YouTube tersohor dengan lebih 1.58 juta pengikut. Videonya menyanyikan semula lagu Charlie Puth, Light Switch telah meraih lebih 30 juta tontonan sehingga kini. Januari lalu dia menyertai WAVY yang turut menaungi penyanyi lain termasuk Colde dan Jiwoo. Dia menceburi bidang lakonan pada 2015 menerusi drama The Producers dan turut menyertai program survival MIXNINE pada 2017.
Baca: 5 Wanita Yang Pernah Bertakhta Di Hati Hyun Bin Sebelum Son Ye Jin