“Saya tak nafikan, sekarang memang trauma dengan jangkitan Influenza A ini. Ia disebabkan rasa sakit yang teruk dan apa yang boleh saya katakan, ia lebih menyakitkan daripada Covid-19.
“Saya pernah dijangkiti coronavirus sebanyak tiga kali sebelum diuji dengan jangkitan Influenza A, tetapi tahap kesakitannya masih boleh saya hadap lagi. Namun, dijangkiti Influenza A ini memang buat saya jadi trauma dan tak mahu terkena lagi,” katanya.
Bagaimanapun akui Riena, dia tetap bersyukur kerana telah kembali sihat dan kini lebih berwaspada di mana-mana sahaja apatah lagi kerana dia turut mengalami asma.