Pelakon berusia 24 tahun itu turut memberi peringatan kepada orang ramai agar terus patuh dengan pemakaian pelitup muka setiap masa.
“Saya rasa ramai orang sudah lupa betapa pentingnya pemakaian pelitup muka. Ada yang selamba batuk-batuk depan orang lain tanpa pelitup muka.
“Mereka lupa walaupun Covid-19 sudah kurang tapi masih ada penyakit lain. Jadi, perlu untuk masih menjaga sebaiknya, bila demam jangan keluar rumah kerana kita tidak tahu tahap imunisasi orang lain,” katanya kepada Harian Metro.
Baca: Covid-19: Nabila Huda Dijangkiti Kali Kedua Dengan Gejala Lebih Teruk