Kapsyen yang ditulis pada video yang mendapat lebih daripada 780,000 tontonan dan 100,000 likes itu berbunyi, “Tolong, dia kini di ambang kejatuhan dan saya mahu menjual tiket saya sama ada di Depop atau mana-mana sahaja. Saya tidak mahu pergi ke konsertnya.”
Februari lalu, penyanyi ini mendedahkan bahawa dia tidak lagi membaca komen-komen di media sosial yang mengkritik dirinya termasuk tubuh dan muzik yang dihasilkannya.
“Tepat dua hari lalu, saya berhenti membaca komen sepenuhnya. Ia menghancurkan hidup saya, sekali lagi. Agak pelik, semakin banyak perkara hebat yang anda lakukan, semakin ramai orang membenci anda,” katanya.
Foto: Kelia Anne MacCluskey
Baca: Billie Eilish Tayang Tatu Di Pinggul Demi British Vogue