Pelantun lagu Someone Like You itu menfailkan perceraian terhadap suaminya, Simon Konecki pada 2019 dan kini sedang hangat bercinta dengan ejen sukan terkenal, Rich Paul.
Pasangan itu bertemu buat kali pertama di sebuah parti ulang tahun kelahiran dua tahun lalu dan mula menjalin hubungan romantis pada 2021.
Kini selepas setahun bergelar pasangan kekasih, peminat yakin mereka menuju ke fasa lebih serius setelah Adele menayang cincin berliannya di karpet merah.