Penyanyi pop Inggeris, Dua Lipa dianugerahi taraf kewarganegaraan Albania menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-110 negara itu.
Dua dikurniakan kerakyatan atas jasa dan peranannya memasyhurkan Albania di peringkat antarabangsa menerusi muziknya, menurut Presiden Bajram Begaj.
Tambah Bajram, dia menganggap pengurniaan ini sebagai satu penghormatan besar kerana bintang berusia 27 tahun itu telah mengharumkan nama rakyat dan negara Albania di seluruh dunia.