Dini Schatzmann dan Janna Nick Panjatkan Kesyukuran
Pasangan itu sempat berkongsi keterujaan dan rasa bersyukur untuk memulakan fasa baharu kehidupan sebagai suami isteri. Dini Schatzmann turut meluahkan harapan agar setiap langkah mereka dalam melayari behtera perkahwinan mendapat berkat.
“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega jua, majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar. Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri. Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami. Ini adalah detik sekali dalam seumur hidup kami. Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua,” ujar Dini Schatzmann, menurut laporan Utusan.
Janna Nick turut mengakui berasa gementar melangkah ke alam perkahwinan dan memegang status isteri. “Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada bujang kepada isteri, dan Insya-Allah seorang ibu. Saya juga mahukan majlis yang lebih dekat dengan diri saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fasa baharu bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan.”
Pasangan itu akan berbulan madu di lokasi berdekatan sahaja iaitu Koh Lipe, Thailand disebabkan jadual penggambaran yang padat. Ditanya mengenai perancangan zuriat, Janna Nick berkata mereka bersedia sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata dalam masa terdekat.
Baca: Hadiri Kursus Kahwin, Ben Amir Bakal Akhiri Zaman Bujang?