Namun hakikatnya adalah sebaliknya. Kemunculan pelantun lagu Solo itu di lokasi penggambaran adalah untuk bertemu dan memberi sokongan kepada rakan baiknya, Jung.
Menerusi foto yang dikongsi, kedua-dua penyanyi dan pelakon itu dilihat tersenyum gembira sambil memberikan isyarat ‘peace’.
Selain menziarah, Jennie juga pernah menghantar sebuah trak kopi buat barisan pelakon dan kru produksi Squid Game ketika sesi penggambaran. Disebabkan itu juga namanya disenaraikan dalam ending credit.
