Squid Game menyaksikan kemunculan pertama Jung sebagai pelakon. Dia memegang peranan sebagai Kang Sae Byeok, salah satu watak paling menyerlah dalam siri itu.
Bintang berusia 27 tahun ini bergelar model antarabangsa dan pernah berjalan di pentas fesyen jenama terkenal antaranya Louis Vuitton, Chanel, Fendi, Max Mara, Marc Jacobs dan sebagainya.
Dia melebarkan sayap dalam dunia fesyen setelah meraih gelaran naib juara dalam program Korea’s Next Top Model Musim Ke-4 pada tahun 2013.