Sejak Squid Game ditayangkan di Netflix pada 17 September lalu, Jung telah berkongsi beberapa foto daripada sesi rakaman mahupun belakang tabir buat tatapan 5.6 juta pengikutnya di Instagram.
Siri sembilan episod ini berkisar tentang penglibatan 456 peserta yang berhadapan dengan masalah kewangan dalam sebuah permainan misteri di mana mereka berpeluang membawa pulang wang kemenangan berjumlah 45.6 bilion won (RM163.33 juta).
Sehingga kini, Squid Game telah berjaya menarik perhatian jutaan peminat drama Korea di seluruh dunia yang ternyata tidak sabar menantikan kemunculan musim kedua.
Foto: Pinterest
Baca: Alasan Mengapa Jennie Blackpink Dijadikan Idola Pembedahan Plastik